10 Fakta Menarik Filem Game of Thrones

game-of-thrones.jpg

Rancangan televisyen yang disiarkan oleh  HBO, Game of Thrones, adalah rancangan yang paling terkenal sepanjang tahun. Selepas musim kedua berakhir pada dua tahun lepas, penantian selama empat bulan untuk menyaksikan musim ketiga sangatlah berbaloi. Walaupun beberapa episod musim 3 dikatakan agak membosankan dan menyebabkan orang ramai mula mempersoalkan tentang perkara itu, episod kemuncak musim itu telah menghapuskan semua keraguan buruk peminat setelah banyak perkara yang tidak dijangka berlaku, membuatkan penonton mula menggilainya. Marilah kita sama-sama mengetahui beberapa fakta yang jarang diketahui oleh orang ramai mengenai rancangan Game of Thrones ini. Pertama, bajet musim pertama bagi rancangan Game of Thrones ialah AS $ 50-60 juta.

Di bawah adalah senarai 10 fakta menarik mengenai Game of Thrones yang pastinya sangat menarik dan  menakjubkan terutamanya bagi setiap peminat Game of Thrones.

10 Fakta Menarik Filem Game of Thrones

1. Lena Heidy dan Peter Dinklage Sememangnya Kawan

lena-headey-peter-dinklage-game-of-thrones

Lena dan Peter sememangnya kawan baik sebelum musim itu bermula. Peterlah yang telah mencadangkan Lena untuk memainkan peranan sebagai Cersei dan dia telah dipilih dalam masa yang singkat.

2. Kebanyakan Pelakon Rancangan Ini Belum Membaca Buku Game of Thrones

cover-game-of-thrones

Kebanyakan pelakon tidak mempunyai dan tidak mahu membaca semua buku Game of Thrones kerana mereka berpendapat bahawa mengetahui jalan cerita dari buku-buku tersebut mungkin mengubah cara mereka melakonkan watak masing-masing. Mereka lebih memilih untuk menjiwai sendiri setiap watak yang dilakonkan oleh mereka.

3. Peter Adalah Seorang Insan Yang Terpilih

peter-dinklage-game-of-thrones

Semasa krew Game of Thrones sedang mencari orang yang paling tepat untuk watak Tyrion, hanya Peter Dinklage yang telah dipanggil dan dipilih secara automatik tanpa menjalankan proses uji bakat terlebih dahulu.

4. George Martin Telah Merancang Semuanya

George_R_R_Martin-game-of-thrones

Pengarang rancangan bersiri Game of Thrones, George Martin, telah mendedahkan pengakhiran setiap watak dalam rancangan itu kepada pihak penerbit kerana beliau merasakan yang hidupnya boleh berakhir pada bila-bila masa dan beliau tidak mahu mengecewakan peminatnya.

5. The Iron Throne (Takhta Besi)

the_iron_throne-game-of-thrones

Gavin Jones, pembuat Iron Throne yang digunakan dalam rancangan itu mengambil masa selama 2 bulan untuk membinanya dari rangka kayu dan pedang yang telah dipanaskan.

6. Bahasa The New Dothraki

dothraki-language-game-of-thrones

David Peterson, seorang pakar bahasa, telah mencipta sebuah bahasa baru bagi menghasilkan dialog dalam rancangan tv itu yang telah diamalkan dan dipelajari oleh Khal Drogo dan anak kapal beliau.

7. The Ice Wall (Dinding ais)

the-ice-wall-game-of-thrones

Dinding ais yang ditunjukkan dalam rancangan itu hanyalah setinggi 18 kaki. Namun, dengan menggunakan grafik komputer dan pilihan gambar, ia kelihatan lebih tinggi seperti yang dapat disaksikan dalam rancangan tersebut.

8. Joffrey

Joffrey-game-of-thrones

Joffrey adalah seorang yang menarik dalam kehidupan sebenar. Hal ini sangat bertentangan dengan wataknya dalam rancangan Game of Thrones. Beliau juga dikenali sebagai Raja Yang Malang disebabkan perkara yang sama.

9. Blonde Stark!

sansa-stark-game-of-thrones

Sansa sememangnya seorang perempuan berambut perang dalam kehidupan sebenar. Beliau mewarnakan rambut beliau untuk setiap episod Game of Thrones. Saya rasa tiada siapa yang akan menyangka  Sansa sebenarnya seorang perempuan berambut perang.

10. Semuanya Sempurna!

storyboard-game-of-thrones

Pengarah Tim Van Patten adalah orang yang telah mereka jalan cerita untuk pembukaan rancangan Game of Thrones. Apabila dia menghadirkan dalam mesyuarat dan membentangkan hasil kerjanya itu, tiada siapa yang berkata apa-apa. Hanya tepukan gemuruh diberikan pada pengakhiran pembentangan tersebut!

Sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

8 thoughts on “10 Fakta Menarik Filem Game of Thrones”

  1. Yana Sakura says:

    Wahh..menarik jln cite dia…kena tgk nie..hihi..nice sharing Muja ^__^
    Yana Sakura recently posted…Imam Abu Hanifah Menasihati Si PemalasMy Profile

  2. kucinghitam says:

    wow begitu kompleks sekali nak buat drama bersiri

  3. Yana Sakura says:

    Movie nie ade ag ke kt cinema?? Hihi
    Yana Sakura recently posted…Imam Abu Hanifah Menasihati Si PemalasMy Profile

  4. Rina says:

    Film ini sepertinya sangat menarik ya, mohon ulas juga sinopsis game of thrones ini
    Terima kasih
    Rina recently posted…Create Responsive Vertical Dropdown Navigation Menu with HTML & CSSMy Profile

  5. vcore says:

    macam best je cite game of thrones ni.nak download la

  6. hmmm says:

    hmmm.. tp cite ni cam separa lucah sket dgr2 khabar

  7. info keren
    Jajat Sudrajat recently posted…10 Makanan Untuk Kesehatan TulangMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge