10 Destinasi Pelancongan Terbaik Seluruh Dunia 2014

10 Destinasi Pelancongan Terbaik Seluruh Dunia 2014. Empat kota raya dari benua Asia kali ini berada dalam senarai 10 pilihan kota raya pelancongan dunia

10 Destinasi Pelancongan Terbaik Seluruh Dunia 2014 | Tahun ini merupakan Tahun Melawat Malaysia 2014 atau lebih dikenali sebagai VMY2014. Namun, misteri kehilangan pesawat MH370 sedikit sebanyak memberi impak negatif terhadap pelancongan negara walaupun hal ini dinafikan sendiri oleh kerajaan Malaysia.

Namun apa yang lebih mengejutkan adalah apabila metropolis kemegahan Amerika Syarikat (AS) yang diumumkan sebagai destinasi kedua pilihan utama pelancong dunia pada tahun lalu itu sekadar menduduki tempat ke-12 tahun ini. Malah, pencalonan kota raya kedua pimpinan Presiden Barack Obama iaitu San Francisco juga berkongsi nasib sama.

Sebaliknya, empat kota raya dari benua Asia kali ini berada dalam senarai 10 pilihan kota raya tersebut didahului Beijing dan Shanghai, China selain Siem Reap, Kemboja dan Hanoi, Vietnam.

Berikut adalah senarai 10 kota roya pilihan utama pelancong dunia yang dikeluarkan oleh portal MSN Travel.com.

10 Destinasi Pelancongan Terbaik Seluruh Dunia 2014

1. ISTANBUL, TURKI

SEBUAH negara yang memiliki dua benua antara timur dan barat dipenuhi bangunan seni bina tradisional ini berjaya menjadikannya sebagai bandar raya yang wajib dikunjungi. Lokasi yang mesti dilawati dan tidak wajar dilepaskan begitu sahaja ialah Grand Bazaar yang telah dibuka sejak 1460-an lagi.

2. ROME, ITALI

BANDAR Itali ini bukan sahaja penuh bersejarah malah mempunyai tempat-tempat yang dianggap istimewa sehingga berjaya menarik tumpuan pelancong dunia. Antaranya Vatican City, Trevi Fountain dan Gereja Sistine. Disebabkan itu, Rome, Itali berjaya menduduki tempat kedua pada tahun ini berbanding keempat pada tahun sebelumnya.

3. LONDON, ENGLAND

LONDON merupakan antara kota raya ikon kepada benua Eropah dan masih amat popular untuk dilawati pelancong. Antara tempat-tempat bersejarah yang menarik minat pelancong dunia untuk dikunjungi ialah Menara London, Tower Bridge, Katedral St.Paul, Benteng Windsor, Sungai Thames, Menara Big Ben, ‘Shakespeare’s Globe Theatre’, ‘Hampton Court Palace’ dan Istana Kensington. Ditambah, kegilaan peminat bola sepak di seluruh dunia terhadap populariti kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) berjaya mengekalkan London di tangga ke tiga selama dua tahun berturut-turut.

4. BEIJING, CHINA

KOTA Larangan atau lebih dikenali sebagai ‘Forbidden City’ yang menjadi istana dan pusat pentadbiran zaman feudal China selain Kuil Syurga (Temple of Heaven) serta memiliki lebih daripada 100 buah muzium tumpuan dunia itu meletakkan ibu negara China yang mempunyai penduduk kedua terbesar selepas Shanghai kira-kira 21 juta orang ini di tempat keempat.

5. PRAGUE, REPUBLIK CZECH

PRAGUE dipilih sebagai Top10 kerana kekayaan negara tersebut terhadap nilai budaya dan kehidupan tradisinya. Banyak tempat bersejarah di sini menjadikannya dipilih sebagai tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNESCO). Buat pengetahuan semua, sepanjang tahun lalu sahaja, kota ini telah berjaya menarik kehadiran lima juta pelancong antarabangsa.

6. MARAKECH, MAGHRIBI

KOTA Marakech ini menjadi pusat budaya di Afrika Utara. Malahan ia satu-satunya kota raya dari benua Afrika yang menjadi pilihan di kalangan pengembara dan pelancong selepas berlaku kegawatan politik di Mesir. Sekiranya pengembara dan pelancong mahu merasai untuk menjejak kaki ke benua Afrika Utara maka Maghribi yang menjadi satu-satunya lokasi paling sesuai untuk dikunjungi.

7. PARIS, PERANCIS

KOTA raya ini memang menjadi impian setiap pelancong terutama pasangan yang sedang berpacaran ataupun baru berkahwin. Walaupun tercicir dari segi ranking, Paris terus menawarkan pelancong peluang untuk berseronok. Antaranya peluang melihat pemandangan menakjubkan selain memiliki banyak galeri yang menyimpan koleksi seni terbaik di dunia meskipun kedudukan kota yang dilabel sebagai Kota Cinta dan Kota Fesyen ini merosot teruk dari tempat pertama tahun lalu ke tangga kelapan tahun ini.

8. HANOI, VIETNAM

HANOI terletak di utara Vietnam dan menjadi hab kepada pelbagai budaya utama. Antara tujuan pelawat datang ke negara ini adalah untuk menemui pelbagai artifak menarik yang mempunyai hubung kait dengan sejarah panjang negara ini dan sebaran penduduk di Asia Tenggara.

9. SIEM REAP, KEMBOJA

SEJAK akhir-akhir ini Siem Reap semakin menjadi destinasi popular di kalangan pelancong. Tarikan utamanya ialah kompleks kuil purba iaitu Angkor Wat yang dipercayai dibina pada abad ke-12. Bukan itu sahaja, seni bina purba seperti Angkor Wat juga dipercayai menjadi lokasi menarik untuk orang ramai merakam gambar atau membuat sesi fotografi.

10. SHANGHAI, CHINA

SHANGHAI berjaya merebut tempat kesepuluh dalam senarai utama pelancong di seluruh dunia. Tarikan Shanghai adalah sebuah kota raya paling moden di China dan ditabalkan sebagai kota raya terbesar di dunia selain memiliki penduduk paling ramai. Walaupun kemunculan bangunan-bangunan pencakar langit, moden dan kontemporari namun bangunan lama masih dikekalkan dan dibaik pulih sebagai sejarah.

Dr Fuh – Dr Fuh sendiri dalam malaysia pon belum habis pusing lagi, berangan jela nak melancong ke luar negara. Hehe!

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments