Fuh! 10 Cara Untuk Bangun Kelihatan Lebih Cantik

Essential-Oil-400x319.jpg

Fuh! 10 Cara Untuk Bangun Tidur Kelihatan Lebih Cantik | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Sebagai seorang perempuan, Teacher Muja tahu, wanita semuanya mengimpikan untuk bangun kelihatan seperti Angelina Jolie dan Emma Maembong. Cantik secara semula jadi dan bebas dari sebarang kekecohan dunia yang menyerabutkan.

Walaubagaimanapun, kebanyakan daripada kita bangun kelihatan seperti singa yang bermatakan mata panda. Dengan mekap yang bersememeh. Jangan bimbang.  Sebelum kita tidur setiap malam, amalkan 10 cara untuk bangun kelihatan lebih cantik ni. Insya ALLAH, kita akan bangun dengan rasa yang lebih menyegarkan seperti bernafas baru gitu. Lebih cantik itu pasti.

1. Jalinkan Rambut Yang Basah Untuk Jalinan Yang Baik dan Cantik

braid hair

Ini adalah petua kecantikan yang agak lama yang old school kata orang. Teacher Muja sendiri tak pernah pula mencuba tapi kata orang ia berkesan!

2. Rawatan Sepanjang Malam

tip cantik

Gunakan facial patches (topeng kecantikan muka) yang dapat mengurangkan pergerakan semasa tidur supaya kita tidak terlalu kerap mengerutkan muka.

3. Gunakan Pelembap

tip cantik

Gunakanlah pelembap di mana-mana sahaja bahagian yang perlu terutamanya yang banyak digunakan dan berkedut seperti situ, lutut, kaki dan semua tempat.

4. Lindungi Rambut Kita

rambut wanita

Ikat rambut kita tinggi di atas kepala dengan getah rambut dengan permukaan lembut dan menyerap minyak.

5. Sapu Minyak Daripada Bahan Semulajadi Yang Menyegarkan

TIP KECANTIKAN

Contohnya minyak zaitun. Apabila bangun tidur, muka kita akan nampak bercahaya seolah-olah kita baru lepah buat rawatan muka.

6. Gunakan Makeup Primer Sebelum Tidur

makeup primer

Makeup Primer untuk membuatkan make up menjadi lebih tahan lama. Gunakannya pada waktu malam supaya menyerap ke dalam kulit dengan lebih baik dan kulit juga nampak lebih cantik sepanjang hari keesokannya.

7. Pakai Topeng Rambut (Hair Mask)

tip kecantikan hair mask

Tiada rawatan rambut yang boleh dianggap lengkap dan sempurna tanpa topeng rambut atau hair mask ini.

8. Cuba Berus Kulit Jenis Baru

tip kecantikan di pagi hari

Gunakan berus kulit elektronik. Mekap kita akan nampak lebih cantik di pagi hari.

9. Letakkan Minyak Masak Pada Kaki Sebelum Tidur

tip kecantikan

Sapukan minyak masak pada kaki pada waktu malam. Kemudian, pakai stoking. Kaki akan menjadi lembut apabila kita bangun daripada tidur.

10. Skrub Muka Pada Waktu Malam

tip kecantikan

Apabila kita skrub muka, kita akan menghilangkan sel mati. Semasa kita tidur, sel baru mula tumbuh dan kulit akan rasa lebih segar pada waktu pagi.

Bagaimana? Rasa-rasa boleh tak amalkan petua kecantikan di atas tu? Semua benda yang dilakukan kena istiqamah ye. Baru nampak hasilnya. Teacher Muja pun nak cuba ni. Jadi, kamu semua pun kena cuba. Nanti boleh kongsi hasilnya. Wassalaam.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

One thought on “Fuh! 10 Cara Untuk Bangun Kelihatan Lebih Cantik”

  1. kucinghitam says:

    banyak jer cara nak jaga kecantikan kita cuma jgn malas ja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge